"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Sunday, November 25, 2012

Pembuka dan Penutup Tirai 2012


Bismillahirrahmanirrahim....

Segala puji pujian hanya bagi ALLAH..
Rasenye terlalu lame tidak menjenguk d sini apetah lagi mengupdate blog ni..
Banyak peristiwa yg berlaku sepanjang hampir setahun lebih setelah berlaku krisis d Mesir..
Akhirnye sume persoalan terjawab,itulah ketentuan takdir yang Maha ESA...
Betapa rahsia ALLAH itu tersusun rapi..





5 mac 2011

19 mac 2011

4 mac 2012

Permata hatiku




Moga kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang ALLAH kurniakan..Setiap apa yang berlaku pasti punye hikmah di sebaliknya..BERSABAR atas setiap ujian yang mendatang,moga menjadi hamba yang taat..
Moga kehidupan kita penuh dengan keberkatan..




Wednesday, February 2, 2011

ANUGERAH DARI ALLAH...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

 SALAM MUJAHADAH BUAT SEMUA SAHABAT...

Saat ini hati masih lagi berbelah bagi..benarkah diri ini bakal meninggalkan bumi Barakah ini??Akan kembalikah diri ini menjejak bumi bertuah ini??Mungkin ini kali terakhir yg dapatku coretkan isi hatiku di bumi MESIR ini dan mungkin juga ia bukan yg terakhir...smuanya adalah ketentuan dari YG MAHA ESA..Kita hanya mampu merancang namun perangcangan ALLAH itu lebih baik..Inilah yg di namakan ujian buat hamba2NYA yg beriman..Ya Allah kurniakan kami ketabahan..Kami berserah segalanya padaMU Ya Allah..Moga hikmah di sebaliknya kami perolehi...Ya Allah permudahkan segala urusan kami semua..Selamat tinggal rumahku moga bertemu kembali bila keadaan kembali aman damai..Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..Selamatkanlah saudara seislam kami yg berada di bumi MESIR ini...permudahkan segala urusan mereka...

Terlalu berat rase hati ini mngenangkan kuliah yg bakal di buka namun apakan daya smuanya sudah tercatat begitu akhirnya sebuah penantian..menanti dan mengharap keadaan kembali seperti sedia kala..Hakikat yg sebenar hanya ALLAH yg tahu..
4/5/6 feb 2011 tarikh di jadualkan berangkat ke JEDDAH..seminggu atau 2 minggu dan mungkin juga sebulan akan berada di sana,dari sana ke msia kemungkinan menaiki kapal(ntahlah sumenye x dapat nak di pastikan)..begitulah seperti apa yg di katakan oleh mereka..Penantian yg tiada kesudahan..Moga ALLAH permudahkan segalanya.

ALLAHURABBI lapangkanlah hati kami agar tiada keluh kesah yg terkeluar dari diri kami yg lemah ini..Tetapkanlah Iman di hati kami..YA ALLAH kurniakan kami ketulusan hati..

Selamat tinggal buat sahabat yg bakal berlepas hari esok..moga bertemu lagi..  :(

Wednesday, January 19, 2011

BUAT RENUNGAN BERSAMA.....

Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi..
Biar kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai,
Biar kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula,
Biarlahkanlah diri ini derita agar aku tahu kepahitan derita ini,
agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan secebis
dari penderitaan RASULULLAH S.A.W.
Tuhan tidak sekali2 menzalimi hambaNYA,
tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
Cahaya kelam pahala dosa berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu.
Namun peluang dariNYA sentiasa ada
Namun kasih dariNYA sentiasa memayungi..
Di turunkan AD DIN memperhalusi akal
dianugerahkan akal untuk memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik ummat tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"

Friday, January 14, 2011

Saturday, January 1, 2011

Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.
Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :
Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.
Apabila Sufyan al-Tsauri duduk beramai-ramai bersama rakan-rakannya di suatu majlis, dia hanya duduk sekejap sambil membaca tasbih dan kemudian terus berdiri.
Rakan di sekelilingnya hairan sehingga mereka bertanya : “Kenapa dengan dirimu Abu Sa’id?”
Ia menjawab : “Demi Allah, aku baru sahaja teringat akan kematian.”
Anak muda sudahpun beruban
Dan orang tua telahpun binasa
Waktu pagi dan waktu petang
Datang silih berganti.
Malam yang usang itu digantikan dengan siang
Dan generasi baru pun berdatangan
Kita pergi dan pulang kerana keperluan hidup
Padahal keperluan orang yang hidup itu tak putus-putusnya
Setiap keperluan mati bersamaan
Dengan kematian pemiliknya
Keperluan yang tetap hidup hanyalah amal soleh dan kebajikan…

Oleh itu Adz-Zahabi berkata : “Sufyan al-Tsauri mati kerana dia mengingati kematian, sehingga merosak denyutan darah dalam jantungnya. Ketika itu dia dibawa kepada seorang doktor, doktor itu berkata “Orang ini tidak akan hidup lebih dari tiga hari lagi.”, kerana jantungnya sudah tidak bergerak tidak seperti biasanya.”
Sufyan al-Tsauri pernah membaca surah at-Takastur pada suatu malam, lalu mengulang-ulangi sampai waktu paginya sambil menangis. Keluarga dan tetangganya juga ikut menangis kerana mendengar tangisannya itu. Mengapakah sampai demikian? Sebab dia menghayati betul-betul maksud ayat yang dibacanya dan meyakini benar akan hari Akhirat. Allah SWT telah berfirman :
“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.” (at-Takastur : 5)
Malangnya kita sekarang hanya mengagak-agak bahawa hari Akhirat itu ada. Padahal kita tahu bahawa kita bakal mati. Kita sering mengebumikan datuk, ayah, ibu dan saudara-mara namun semua pengalaman dan pengetahuan itu seperti tidak ada faedahnya bagi kita. Seandainya keyakinan terhadap adanya hari Akhirat itu benar-benar tertanam dalam hati kita, nescaya kita menghadap kepada Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta kita sentiasa memelihara waktu untuk sentiasa bersama Allah.
Maimun bin Marhan seorang ahli ibadah yang zuhud lagi alim, telah menggali kubur dalam rumahnya sendiri. Lalu setiap malam dia masuk ke dalam kuburan buatannya itu untuk membaca al-Quran sambil menangis. Jika tidak tahan kepanasan dan kegelapan ruang sempit itu dia keluar darinya dalam keadaan menangis sambil berkata kepada dirinya sendirinya : “Wahai Maimun, kamu telah kembali lagi ke dunia, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh.”
Ada juga ulama yang menyiapkan kain kafan untuk dirinya dan meletakkannya di bahagian atas punggung bilik tidurnya sehingga setiap hari matanya melihat kain kafan tersebut dan hatinya selalu teringat akan kematian.
Beberapa faktor yang boleh mengingatkan kita kepada kematian :
Faktor Pertama
Hendaklah kamu sering menziarahi kubur. Janganlah kamu sentiasa sibuk di pasar-pasar, di pameran-pameran, di istana-istana, di perayaan-perayaan, di taman-taman, dan di rumah-rumah yang megah yang membuatmu lalai daripada menziarahi kubur. Jadikanlah ziarah kubur sebagai salah satu agenda tetap kegiatan hidupmu, lalu berdirilah disana barang beberapa saat dan ingatlah dimanakah rakan-rakanmu yang dahulu selalu bermain riang bersamamu? Dimanakah orang-orang yang dahulunya kamu kenal dan mereka juga mengenalimu? Dimanakah orang-orang yang dahulunya kamu saling bersenda-gurau bersama mereka?
Pada suatu hari Umar bin Abdul Aziz melaksanakan solat Hari Raya bersama umat manusia, lalu beliau menziarahi sebuah perkuburan ketika pulang menuju rumahnya. Di sana dia berdiri menatap perkuburan tersebut lalu menangis. Kemudian dia berkata kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya : “Wahai kawan-kawanku, sesungguhnya ini adalah perkuburan datukku, ayahku, saudara-saudara dan jiran-jiranku. Tahukah kamu apa yang telah diperbuat oleh kematian terhadap mereka semua?”
Dia pun terus menangis dan menangis. Mereka menjawab : “Sesungguhnya kami tidak tahu. Lalu apakah yang diperbuat kematian terhadap mereka, wahai Amirul-Mukminin?”
Umar bin Abdul Aziz berkata : “Ketahuilah bahawa kematian telah memakan kedua-dua biji mata mereka, memisahkan kedua telapak tangan dari pergelangan mereka, memutuskan kedua pergelangan dari siku mereka, dan melepaskan kedua lengan dari badan mereka. Segala sesuatu dari tubuh mereka telah dipisahkan oleh kematian.”
Kemudian dia menangis lagi dan orang-orang itu ikut menangis, tanpa mengira orang soleh mahupun orang fasik.
Inilah sebuah pengajaran yang memberikan nasihat kepadamu yang tidak dapat terlupakan selama-lamanya. Oleh itu, hendaklah kamu menziarahi kubur walau sekali dalam seminggu untuk mengingati ayah, bapa saudara, ibu saudara, ibu atau nenek. Ingatlah bagaimana keadaan mereka semasa bergelut dengan kematian yang amat menggerunkan ini.
Faktor Kedua
Membaca kitab Allah sambil menghayatinya. Berusahalah menangis jika kamu tidak menangis dengan tangisan yang sebenarnya.
Umar Al Khattab r.a. berkata : “Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk menangis.”
Bacalah al-Quran itu secara perlahan dan berusahalah untuk menghayati kandungannya. Semoga dengan demikian Allah mengurniakan ke arah jalan yang benar dan mengembalikanmu kepada kelompok-Nya.
Faktor Ketiga
Berteman dengan orang-orang yang soleh. Ketika duduk bersama mereka, rahmat Allah akan turun dari langit, jiwa menjadi tenang, dan Allah akan meliputimu dengan keutamaan dari-Nya. Mereka akan mengingatkanmu kepada kematian dan kehidupan akhirat. Mereka tidak akan melengahkanmu dari mengingati keduanya dengan pelbagai kegiatan yang sia-sia seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak soleh.
Kita memohon kepada Allah agar Dia memperbaiki keadaan kita kepada keadaan yang lebih baik, mengembalikan kita kepada-Nya dengan cara yang terbaik dan menjadikan pemimpin kita dari kalangan orang yang dikasihi-Nya. Kita juga memohon agar Dia menghiasi diri kita dengan iman, keyakinan dan ihsan di samping mengingatkan kita kepada kematian serta menjadikan kita sebagai orang-orang yang sentiasa bersiap-sedia menghadapi kematian ini. Juga semoga Dia memelihara waktu, umur, dan kehidupan kita di alam dunia yang fana ini.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa melakukan semuanya itu.
Salawat dan salam sentiasa tercurahkan ke atas Jujungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda sehingga ke akhir zaman.
Wallahu a’alam.

Thursday, December 9, 2010

Sunday, December 5, 2010

[SUMBER: ILUVISLAM] BaGaiMana Jika AllaH MeNcIntAi KiTa?



Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."


Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?