"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Saturday, December 26, 2009

Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bisbillahirrahmanirrahim....

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

RASULULLAH...


Keperibadianmu menjadi ikutan
tauladan ummah sepanjang zaman..


Rasulullah

Dalam mengenangmu
Kami susuli
Lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya
Kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu
menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah
Kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
(hijjaz)

Friday, December 25, 2009

IMTIHAN???


saat IMTIHAN semakin hampir,
kita semakin dekat dengan ALLAH,
adakah ini beerti kita sudah INSAF?
atau sekadar ingin memohon SIMPATI dari sang khalid?
sekiranya benar kita telah menginsafi diri kita,
alangkah bahagianya hidup..
namun amat malang sekiranya ini hanya untuk waktu tertentu sahaja,
harapanku untuk diriku sendiri,
moga segala perubahan yang dilakukan adalah semata2 kerana allah,
dan semoga ianya akan berterusan walau musim IMTIHAN telah tamat,
hakikatnye IMTIHAN yang sebenar masih belum berakhir..
IMTIHAN yang menentukan hala tuju kita,
sama ada ke syurga ataupun keneraka,
walaiazubillah...

buat teman2 seperjuangan semoga kalian TABAH,
SABAR,dan REDHO dengan segala ketentuan ILLAHI,
berdoalah pada ALLAH disamping usaha yang gigih,
semoga kita semua najah,NAJAH FISABILILLAH..

SALAM IMTIHAN SALAM MUJAHADAH..

Friday, December 18, 2009


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN,
supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,
setiap yang payah pasti ade kesenangan,
setiap kesabaran pastia ada ganjaran..

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang boleh memberi halangan,
namun jika sesuatu itu ditakdirkan bukan untuk kita,
pasti x akan kita dapat walau sudah dalam genggaman..

Terus lakukan perkara2 yang terbaik dalam hidup kita
kerana ia bukan satu pertaruhan..


"Dalam hati manusia ada kekusutan dan x kan terurai kecuali
menerima kehendak ALLAH,
dalam hati manusia ada keganasan dan x kan hilang kecuali
berjinak dengan ALLAH,
dalam hati manusia ade kesedihan dan x kan padam kecuali
redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha' dan
qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA,
dalam hati manusia ada hajat dan x akan terbendung kecuali
kecintaan padaNYA dan bermohon kepadaNYA,
kesenantiasaan berzikir padaNYA,adalah keikhlasan sebenar
kepadaNYA..."-IBNU QAYYIM-

Wednesday, December 16, 2009

HAWA...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...


Hawa...
Zahirnya kau tampak lemah,
kudratmu tak seberapa,
gerakmu lembut
suaramu halus tak leh menggertak,

Namun...
Kau punya kelebihanmu sendiri,
kuatmu dalam lemah,
tangkasmu dalam lembut,
renunganmu bisa menggertak jiwa,
membingung fikiran,
wajahmu bisa membuat sang gagah lemah,
si waras gila,
sahabat berbunuhan,
serumu menusuk kalbu,

Maka...
Hargailah keHAWAanmu,
maruah harga dirimu,
tak perlu jadi gagah untuk bergelar serikandi,
tak perlu kau jual dirimu untuk duniawi,
hargailah apa yang dikurniai,
nescaya kau akan bersyukur...

(untuk renungan bersama...)

sahabat2,
mari kita sama2 kita renung ape yg terkandung dalam kata2 diatas,banyak kekurangan yang ada dalam diri seorang hawa,namun bnyak pula kelebihan yang ada pada seorang hawa..

seringkali kita dengar seorang hawa mengeluh..
"hmm kan senang klu jadi org lelaki,simple je,x yah nak susah2 pikir itu dan pikir ini.."(btol ke?)

mengapa perlu ade keluhan2 yang sebegini sdangkan kita tahu Allah itu tahu ape yang dilakukanNYA..Setiap ciptannya pasti punya kelebihan dan kekurangan tersendiri..jadi mengapa perlu kita pertikaikan?Bersyukurkah kita dengan ape yang dah ALLAH kurniakan pada kita?

Sedarlah sahabat2ku sekalian,tak usahlah kita berperasaan sebegitu,kita patut pikirkan bagaimana perasaan mereka yang dilahirkan tidak sesempurna kita.

Hargailah diri kita ini sebaik mungkin,peliharalah diri dan akhlak kita,
Moga kita sentiasa bearada dalam redho ALLAH SWT..

Saturday, December 12, 2009

Buat Renungan Bersama..


بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim...



Manusia kalau hidup utk dirinya sendiri usianya amatlah pendek.. bermula dari dia dilahirkan dan berakhir tatkala dia dimatikan.. tetapi bagi yang hidup untuk perjuangan..usianya amatlah panjang.. Sepanjang perjuangan ini..bermula dari terciptanya Nabi Adam Alaihissalam berakhir tatkala Allah SWT memusnahkan alam ini.. -AS-SYAHID SYED QUTB-


Salam ukhuwah salam mahabbah..

SAHABAT...
Di sinilah langkah kita bermula..
Di sinilah semangat kita marak menyala..
Tanpa ketabahan kita tersungkur..
Tanpa doa dan tawakkal kita terpaksa akur..

Teruskan Perjuangan...
Semoga setiap uasaha yang bersunggug-sungguh itu
diakhiri dengan kejayaan yang cemerlang..
Agar ilmu yang hanya setitis dari lautan ilmu Allah SWT
ini dapat dimanfaatkan untuk diri dan masyarakat dalam
mencari maghfirah Ilahi agar hidup diberkati dan dirahmati..

SAHABAT...
Kadangkala hidup ini akan membuatkan kita lemah untuk berjuang
sebagai pejuang Allah di muka bumi,namun Allah itu terlalu
penyayang kerana masih mahu terus kita ingat bahawa kita
dibawah pandangan dan tarbiahNya..

SAHABAT...
Ketahuilah sahabat..
Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
dengan cara yang luar biasa..

SAHABAT...
Marilah kita sama-sama renung dan fikir..muhasabah diri,
islah diri agar lebih matang dan dewasa..
Moga kita terus di bawah lembayung rahmat Ilahi...

Saturday, December 5, 2009

1) Kekuatan akidah Islamiyah.

Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah kehidupan dan tindakan manusia.

Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.

Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.

Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.

Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia - sia dan sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah mempertahankan kebatilan dan bayang - bayang.

Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.

Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.

Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.


2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.

Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu.. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan berdasarkan ikatan - ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.

Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar - kacir.

Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.

Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:

Pertama, ia tidak dibatasi ikatan - ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.

Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan.

Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.

Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.

Justeru lahirlah sifat - sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, ta’awun, hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain - lain lagi. Juga hilanglah sifat - sifat buruk yang mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain - lain lagi.

Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah.

Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut ditanggung oleh semua anggota yang lain.

Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara - perkara yang memungkinkan kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab - sebab yang kecil atau tidak benar. Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan yang dimurkai Allah.


3) Kekuatan jihad Islami

Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.

Jihad adalah bersungguh - sungguh menuju Allah. Bersungguh - sungguh dengan segala kudrat tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.

Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:

1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.

2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata - mata.

Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan kekuatan inilah lahirnya peribadi - peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.

Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan, maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.

Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah. Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap kekuatan Islam untuk menguasai dunia.

Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan peradabannya.

Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan kemenangan.

Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri - ciri pejuang Islam yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.

Friday, December 4, 2009

ANDAI KITA...


بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim....

Andai kita mengetahui betapa besarnya pahala memikirkan,
merancang,
dan membantu islam...
nescaya kita takkan meninggalkan tugas ini walau sesaat..


Andaikata kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan
amar ma'ruf nahi mungkar,
merancang untuk membantu islam,
melaksanakan amanah..
nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH..


Andaikata kita mengetahui betapa tingginya nilai
sebuah persahabatan diatas dasar
akidah islamiah..
nescaya kita akan menutup lubang2 yang akan
merosakkan
mahabbah serta mengundang darah...



Andaikata jasad kita menongkah arus,menggerak tarbiah,

memelihara agama...
maka biarlah hati kita bersama menempuhnya...

tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita yang

berada diatas jalan ALLAH disana nanti...



Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna
untuk menjelaskan perasaan,manusia boleh membentuk
seribu kata-kata,tapi kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan...


renung-renungkanlah...ape usaha kita sebagai umat islam,adakah cukup dengan hanya berkata2?atau hanya berdiam diri?berjuang kerana ALLAH walau perit tapi ada kemanisannya...mari kita sama2 islah diri..

Friday, November 20, 2009


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...


Alihkan matamu kelaut,airnya cantik membiru
dan penuh ketenangan,tetapi hanya Allah saja
yang tahu rahsia di dalamnya,
Begitulah kehidupan manusia,riang ketawa..
tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia
kehidupannya,
Jika kau rase kecewa,pandanglah kesungai,
airnya tetap mengalir biarpon berjuta batu
menghalang,
Jika kau rase sedih,pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...


Hidup manusia x kan lari dari masalah,sbb tu adalah ujian yang ALLAH anugerahkan pada kita selaku hambaNya..disinilah keimanan dan ketaqwaan kita diuji,seandainya kita trima kesulitan-kesulitan atau musibah yang menimpa diri dengan redha maka sgalanya akan dilalui dgn mudah,krn kita yakin pada pertolongan ALLAH,
ALLAH x kan menguji sesorg melainkan dia mampu tuk hadapinya..
Seorg mukmin yang sejati x kan mudah berputus asa,walau sehebat manepun ujian yang datang dia pasti hadapi,tanpa perlu lari dari segalanya..larilah walau seribu batu sekalipun masalah kita x kan dapat diselesaikan melainkan kita sndiri berusaha untuk menyelesaikannya,mintalah pertolongan dari ALLAH yang MAHA ESA kerana ALLAH sentiasa bersama dgn kita..


"Bila kekuatan dipohon, ALLAH beri rintangan untuk dihadapi,
Bila kebijaksanaan dipohon,ALLAH beri masalah untuk diselesaikan,
Bila kasih ALLAH dipohon,ALLAH beri ujian untuk dihadapi.."


Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan,orang yang banyak diuji,jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat pada ALLAH..
bertuahlah apabila kita diuji..


Ya Allah moga hambaMu ini tergolong dalam org2 yang sabar dan tabah apabila diuji...
AMIIN YA RABB....

Sunday, November 15, 2009

WANITA DI DALAM PERJUANGAN


Bismillahirrahmanirrahim..


Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan

Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)”

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.

Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.

Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.

Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Urusan mewujudkan rumahtangga muslim dan mendidik generasi Islam yang beriman, berakhlak mulia serta bersemangat jihad merupakan tugas utama wanita. Bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh memperjuangkan Islam dengan cara lain bila keadaan memerlukan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.

Begitulah semangat perjuangan yang mereka tunjukkan, mereka pertahankan agama Allah dengan nyawa dan bukan sekadar seorang suami, bapa, anak-anak atau saudara sedarah sedaging.

Sekiranya sekarang kita dapat mewujudkan muslimah-muslimah sebegini, Insya-Allah satu generasi pejuang Islam yang tidak gentar menghadapi musuh dapat dibentuk.

Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah; memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam. Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.

Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.

Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.

Alangkah ruginya jamaah sekiranya ramai muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

Sebagai muslimah-muslimah yang yang memilih untuk memperjuangkan Islam melalui jamaah maka kita perlu mengetahui dengan mendalam mengenai apa yang dikehendaki oleh jamaah. Kita hendaklah beriltizam di tempat bertugas dan setiap suasana hidupnya hendaklah diselaraskan dengan kebaikan dan kepentingan amal dakwah. Setiap amalnya harus menjadi alat dakwah dan usaha atau aktiviti dakwahnya tidak sepatutnya dilemahkan oleh sesuatu perkara lain.

Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

“…Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”

Firman Allah lagi di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

“…Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”

Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani. Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang”

Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga; iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar, khususnya di kalangan wanita sendiri.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”

Saturday, November 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah seribu kesyukuran ku panjatkan kepada Rabbul Izzati kerana dengan keizinanNya maka terciptalah sebuah blog yang tidak seberapa ini..
Trima kasih juga buat sahabat yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar serta memberi dorongan buat insan ini..Moga kalian masih sudi tuk membimbing dan membantu agar blog ni x terbengkalai n terbiar tanpa dijengah(huhu)..
*Satu perbuatan yang mulia boleh memberi kesan kepada 1000 orang,tetapi 1000 perkataan mungkin tidak memberi erti walau kepada seorang manusia*

(x reti nak menulis tapi keinginan tu ade,moga dapat dipelajari walaupun sedikit..)

FADHILAT AYAT HAIKAL

khasiat fadilat doa haikal yakni 7 doa daripada no 1 sampai no7 dan sampai surah annas bahawasanya Inilah adalah diriwayatkan oleh nabi kita s.a.w pada suatu hari sedang baginda duduk didalam masjid madinah maka jibril a.s pun datang membawa firman ujarnya “Ya Rasulullah S.A.W,salam allah pada tuan hamba dan firmanya:” hai kekasihku adapun doa haikal yakni 7 doa ini dihantarkan tuhan pada tuan hamba maka barang siapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia dan barang siapa membaca dia atau menyimpannya maka Allah s.w.t melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini didalam rumahnya malka tiada boleh masuk jin dan syaitan kedalam rumahnya itu.ya Muhammad barang siapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah dia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk didalam aman dan barang siapa menaruh doa ini sentiasalah dia dihormati orang dan termulialalah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratul maut itu.Maka,dengan mudahnya sahaja nyawa itu keluar sebagai ful..barangsiapa membaca doa ini setiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama:
membaca 70 000 kali khatam quran dan
70 000 kali mati syahid dan
70 000 kali naik haji dan
mendapat ganjaran seumpama membuat 70 000 masjid dan
memerdekakan 70 000 hamba dan
menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan
mendapat pahala 70 000 orang hafaz quran dan
beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan
pahala 70 000 alim dan 70 000 abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 rasul dan
70 000 orang yang berakal dan
70 000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan
kebesaran jibril,mikail,israfil,izrail a.s..
Ya Muhammad,barangsiapa menadah muka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala dan jika ada ia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutang nya itu dan segala musuhnya pun binasalah..
Syahdan ada pada sekali persatu ada seorang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad,maka dibawa orang akan dia menghadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh di atasnya maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia tiada luka dan diselamkan dia di dalam air tiada lemas kemudian dibakar akan dia itupun tiada terbakar maka pabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian lalu dia bertanya..”Apakah jua amalanmu yang tiada satu perkara pun yang boleh memberi cedera kepadamu?” Maka sahut pencuri itu.. ‘”Ada dikepala hamba fadhilat doa haikal maka berkat doa itu suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba”
Maka apabila didengarnya oleh hakim akan perkataan pencuri itu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkan segala hal pencuri itu maka dikurniai oleh baginda akan dia beberapa banyak harta setelah itu maka dilepaskannya.
Dan fadilat doa haikal disuruh sekalian dan ditaruh padanya,adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak,sekadar diambil ringkas sahaja disini sesungguhnya tiada syak lagi barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillah..

Wednesday, November 11, 2009

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH


Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wajar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

Wednesday, October 21, 2009

Buat Renungan Sahabat

Sahabat..
Di sini langkah kita bermula..
Di sini semangat kita marak menyala..
Tanpa ketabahan..kita tersungkur..
Tanpa usaha..kita tewas..
Tanpa doa dan tawakkal..kita terpaksa akur..

Teruskan perjuangan,
Semoga setiap usaha yang bersungguh-sungguh itu
diakhiri dengan kejayaan yang cemerlang
Agar ilmu yang hanya setitis dari lautan ilmu Allah SWT
ini dapat dimanfaatkan untuk diri dan masyarakat dalam
mencari dan merebut magfirah Illahi agar hidup
diberkati dan dirahmati..

Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
dengan cara luar biasa..

Monday, October 12, 2009

Panduan Supaya Kita Tidak Bersifat Sombong

Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong

BAHAYA SIFAT SOMBONG

SIFAT SOMBONG adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlulah sentiasa kita berusaha untuk menjauhi sifat ini dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Dari Abu Salmah bin Abdur Rahman" Abdullah bim Amr dan Abdullah bin Umar Berjumpa di Shafa. Kedua-dua bergandingan lalu Ibnu Amr Berlalu dan Ibnu Umar berdiri menangis: mereka bertanya, "Mengapa engkau menangis, hai Abi Abdurrahman?" Dia Berkata, "Itu"!, Yakni Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. Al-A'raaf 146

Hayatilah Azan Kerana Terdapatnya Cara - cara untuk berjaya .
Renung2kanlahBeberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih muliadaripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusiamenghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya."Hadis riwayat Bukhari