"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Wednesday, October 21, 2009

Buat Renungan Sahabat

Sahabat..
Di sini langkah kita bermula..
Di sini semangat kita marak menyala..
Tanpa ketabahan..kita tersungkur..
Tanpa usaha..kita tewas..
Tanpa doa dan tawakkal..kita terpaksa akur..

Teruskan perjuangan,
Semoga setiap usaha yang bersungguh-sungguh itu
diakhiri dengan kejayaan yang cemerlang
Agar ilmu yang hanya setitis dari lautan ilmu Allah SWT
ini dapat dimanfaatkan untuk diri dan masyarakat dalam
mencari dan merebut magfirah Illahi agar hidup
diberkati dan dirahmati..

Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
dengan cara luar biasa..

Monday, October 12, 2009

Panduan Supaya Kita Tidak Bersifat Sombong

Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong

BAHAYA SIFAT SOMBONG

SIFAT SOMBONG adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlulah sentiasa kita berusaha untuk menjauhi sifat ini dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Dari Abu Salmah bin Abdur Rahman" Abdullah bim Amr dan Abdullah bin Umar Berjumpa di Shafa. Kedua-dua bergandingan lalu Ibnu Amr Berlalu dan Ibnu Umar berdiri menangis: mereka bertanya, "Mengapa engkau menangis, hai Abi Abdurrahman?" Dia Berkata, "Itu"!, Yakni Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. Al-A'raaf 146

Hayatilah Azan Kerana Terdapatnya Cara - cara untuk berjaya .
Renung2kanlahBeberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih muliadaripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusiamenghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?" Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
"Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya."Hadis riwayat Bukhari