"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Saturday, December 26, 2009

Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bisbillahirrahmanirrahim....

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

RASULULLAH...


Keperibadianmu menjadi ikutan
tauladan ummah sepanjang zaman..


Rasulullah

Dalam mengenangmu
Kami susuli
Lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya
Kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu
menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah
Kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
(hijjaz)

Friday, December 25, 2009

IMTIHAN???


saat IMTIHAN semakin hampir,
kita semakin dekat dengan ALLAH,
adakah ini beerti kita sudah INSAF?
atau sekadar ingin memohon SIMPATI dari sang khalid?
sekiranya benar kita telah menginsafi diri kita,
alangkah bahagianya hidup..
namun amat malang sekiranya ini hanya untuk waktu tertentu sahaja,
harapanku untuk diriku sendiri,
moga segala perubahan yang dilakukan adalah semata2 kerana allah,
dan semoga ianya akan berterusan walau musim IMTIHAN telah tamat,
hakikatnye IMTIHAN yang sebenar masih belum berakhir..
IMTIHAN yang menentukan hala tuju kita,
sama ada ke syurga ataupun keneraka,
walaiazubillah...

buat teman2 seperjuangan semoga kalian TABAH,
SABAR,dan REDHO dengan segala ketentuan ILLAHI,
berdoalah pada ALLAH disamping usaha yang gigih,
semoga kita semua najah,NAJAH FISABILILLAH..

SALAM IMTIHAN SALAM MUJAHADAH..

Friday, December 18, 2009


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN,
supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,
setiap yang payah pasti ade kesenangan,
setiap kesabaran pastia ada ganjaran..

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang boleh memberi halangan,
namun jika sesuatu itu ditakdirkan bukan untuk kita,
pasti x akan kita dapat walau sudah dalam genggaman..

Terus lakukan perkara2 yang terbaik dalam hidup kita
kerana ia bukan satu pertaruhan..


"Dalam hati manusia ada kekusutan dan x kan terurai kecuali
menerima kehendak ALLAH,
dalam hati manusia ada keganasan dan x kan hilang kecuali
berjinak dengan ALLAH,
dalam hati manusia ade kesedihan dan x kan padam kecuali
redha dengan suruhan dan laranganNYA serta qadha' dan
qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA,
dalam hati manusia ada hajat dan x akan terbendung kecuali
kecintaan padaNYA dan bermohon kepadaNYA,
kesenantiasaan berzikir padaNYA,adalah keikhlasan sebenar
kepadaNYA..."-IBNU QAYYIM-

Wednesday, December 16, 2009

HAWA...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim...


Hawa...
Zahirnya kau tampak lemah,
kudratmu tak seberapa,
gerakmu lembut
suaramu halus tak leh menggertak,

Namun...
Kau punya kelebihanmu sendiri,
kuatmu dalam lemah,
tangkasmu dalam lembut,
renunganmu bisa menggertak jiwa,
membingung fikiran,
wajahmu bisa membuat sang gagah lemah,
si waras gila,
sahabat berbunuhan,
serumu menusuk kalbu,

Maka...
Hargailah keHAWAanmu,
maruah harga dirimu,
tak perlu jadi gagah untuk bergelar serikandi,
tak perlu kau jual dirimu untuk duniawi,
hargailah apa yang dikurniai,
nescaya kau akan bersyukur...

(untuk renungan bersama...)

sahabat2,
mari kita sama2 kita renung ape yg terkandung dalam kata2 diatas,banyak kekurangan yang ada dalam diri seorang hawa,namun bnyak pula kelebihan yang ada pada seorang hawa..

seringkali kita dengar seorang hawa mengeluh..
"hmm kan senang klu jadi org lelaki,simple je,x yah nak susah2 pikir itu dan pikir ini.."(btol ke?)

mengapa perlu ade keluhan2 yang sebegini sdangkan kita tahu Allah itu tahu ape yang dilakukanNYA..Setiap ciptannya pasti punya kelebihan dan kekurangan tersendiri..jadi mengapa perlu kita pertikaikan?Bersyukurkah kita dengan ape yang dah ALLAH kurniakan pada kita?

Sedarlah sahabat2ku sekalian,tak usahlah kita berperasaan sebegitu,kita patut pikirkan bagaimana perasaan mereka yang dilahirkan tidak sesempurna kita.

Hargailah diri kita ini sebaik mungkin,peliharalah diri dan akhlak kita,
Moga kita sentiasa bearada dalam redho ALLAH SWT..

Saturday, December 12, 2009

Buat Renungan Bersama..


بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim...



Manusia kalau hidup utk dirinya sendiri usianya amatlah pendek.. bermula dari dia dilahirkan dan berakhir tatkala dia dimatikan.. tetapi bagi yang hidup untuk perjuangan..usianya amatlah panjang.. Sepanjang perjuangan ini..bermula dari terciptanya Nabi Adam Alaihissalam berakhir tatkala Allah SWT memusnahkan alam ini.. -AS-SYAHID SYED QUTB-


Salam ukhuwah salam mahabbah..

SAHABAT...
Di sinilah langkah kita bermula..
Di sinilah semangat kita marak menyala..
Tanpa ketabahan kita tersungkur..
Tanpa doa dan tawakkal kita terpaksa akur..

Teruskan Perjuangan...
Semoga setiap uasaha yang bersunggug-sungguh itu
diakhiri dengan kejayaan yang cemerlang..
Agar ilmu yang hanya setitis dari lautan ilmu Allah SWT
ini dapat dimanfaatkan untuk diri dan masyarakat dalam
mencari maghfirah Ilahi agar hidup diberkati dan dirahmati..

SAHABAT...
Kadangkala hidup ini akan membuatkan kita lemah untuk berjuang
sebagai pejuang Allah di muka bumi,namun Allah itu terlalu
penyayang kerana masih mahu terus kita ingat bahawa kita
dibawah pandangan dan tarbiahNya..

SAHABAT...
Ketahuilah sahabat..
Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha
dengan cara yang luar biasa..

SAHABAT...
Marilah kita sama-sama renung dan fikir..muhasabah diri,
islah diri agar lebih matang dan dewasa..
Moga kita terus di bawah lembayung rahmat Ilahi...

Saturday, December 5, 2009

1) Kekuatan akidah Islamiyah.

Akidah adalah kepercayaan yang tetap di dalam hati. Daripadanya manusia memahami dan membina kehidupan. Benar akidah, luruslah kehidupan dan tindakan manusia. Salah akidah, terpesonglah kehidupan dan tindakan manusia.

Akidah kita adalah akidah Islam. Akidah Islam adalah benar. Ia benar kerana Islam adalah daripada Allah, tuhan yang mencipta kehidupan ini. Allahlah pemilik hujjah yang benar dan hakiki. Justeru Islam adalah diselubungi hujjah yang membenarkan kebenaran.

Oleh kerana hanya Islam diperakui Allah sebagai ugama di sisiNya, maka agama dan kepercayaan selain Islam adalah batil. Ia batil kerana ia bersumber bukan daripada Allah yang maha mengetahui segala - galanya mengenai kehidupan ciptaanNya ini, bahkan ia bersumberkan selainNya yang tiada kekuasaan sedikit pun sepertiNya. Oleh kerana sumber ugama selain Islam adalah lemah, maka ia dengan sendirinya adalah ugama yang batil, lemah dan tanpa hujjah.

Manusia menjadi gembira, mulia dan gagah apabila memiliki kebenaran, hak dan hakikat. Mereka menjadi kuat, mulia dan berani demi mempertahankan sekeping wang kertas hasil titik peluhnya sendiri berbanding si pencuri untuk mempertahankan 1000 keping wang kertas yang dicurinya.

Kita menjadi gagah, mulia dan berani kerana kita memiliki akidah yang benar ini. Orang kafir adalah lemah, takut dan hina kerana akidah mereka adalah lemah dan batil. Keberanian kita adalah betul dan abadi. Keberanian yang lahir daripada orang kafir adalah tipu daya, sia - sia dan sementara. Ini kerana kita mempertahankan hakikat dan kenyataan, sementara mereka hanyalah mempertahankan kebatilan dan bayang - bayang.

Dengan kekuatan inilah RasuluLLah sallaLlahu alaihi wasallam membentuk para sahabatnya radhiaLlahu anhum yang pertama. Mereka dalam sekelip mata berubah menjadi kumpulan paling gagah dan kuat di Kota Mekah walaupun dipenuhi segala kekurangan selain akidah yang benar yang ditanam oleh RasuluLlah di dalam hati mereka. Kekuatan mereka terbukti dengan keengganan mereka tunduk kepada kekuatan jahiliyah yang memaksa mereka menukar kebenaran yang baru dimiliki dengan kebatilan akidah lama yang telah mereka tinggalkan.

Justeru akidah adalah kekuatan utama dan pertama umat Islam sepanjang zaman. Justeru ia mestilah dipelihara keaslian dan ketulenannya. Kerosakan di dalam mewarisi akidah Islam akan mencetuskan fenomena kelemahan dan kehinaan ke atas umat Islam. Apabila akidah Islam bercampur aduk di antara pengajaran Allah dan pengajaran manusia, maka ia menjadi palsu dan tidak lagi tulen. Apabila begitu, maka hilanglah sengat utama dan pertama umat Islam.

Kita mestilah menjaga keaslian akidah kita dengan sentiasa menilai dan menolak campur aduk yang tidak diizinkan. Maka menjadi kewajiban pertama kita untuk mengenali akidah yang benar dan sahih sebagaimana wajib mengenal kerosakan dalam akidah.


2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan adalah tali yang mengikat antara manusia. Persaudaraan menyatukan di antara individu dan mengelak perselisihan sesama manusia. Oleh kerana manusia perlu bersatu demi kehidupan yang harmoni dan bahagia, pelbagai ikatan digunakan demi mengukuhkan persaudaraan dan penyatuan.

Ikatan darah, keturunan, bangsa, kabilah, warna, pangkat, negara, geografi malah ideologi manusiawi adalah pilihan manusia untuk hidup bersatu.. Tetapi alangkah sempit, sukar dan putusnya penyatuan berdasarkan ikatan - ikatan tersebut. Kulit hitam tidak boleh disatukan dengan kulit putih selamanya kerana warna yang berbeza. Begitulah yang lain.

Kegagalan menyebabkan manusia berpecah. Perpecahan menyebabkan manusia dan kehidupan menjadi lemah dan kucar - kacir.

Ukhuwwah Islamiyah atau persaudaraan Islam adalah kekuatan kita. Ia adalah ikatan agama. Ia adalah ikatan berteraskan akidah yang benar dan sahih. Manusia muslim disatukan di dalam kepercayaan yang dibekalkan tuhannya sendiri.

Persaudaraan Islam berbeza dengan yang lain daripada dua sudut:

Pertama, ia tidak dibatasi ikatan - ikatan sempit seperti di atas. Islam boleh dianuti semua manusia tanpa kecuali. Islam adalah untuk semua.

Kedua, ia adalah ikatan di atas ugama yang benar. Ugama dan ideologi lain yang menjadi asas ikatan persaudaraan adalah batil dan sesat. Sesuatu yang dibina di atas kebatilan dan kesesatan adalah lemah, gagal dan tidak kekal.

Persaudaraan Islam lahir daripada pengajaran ugama bahawa manusia adalah hamba kepada tuhan yang satu. Kepercayaan ini menjadikan mereka bersatu tunduk kepada satu arahan, satu harapan dan satu matlamat. Jalan menuju Allah adalah lurus. Kelurusan hala tuju akan mengelak pertembungan.

Kemudian, umat Islam disatukan melalui rujukan yang sama iaitu al Quran dan ar rasul dan juga ibadah yang sama iaitu rukun Islam yang lima. Begitulah pengajaran Islam telah membina landasan yang betul ke arah penyatuan umat Islam.

Umat Islam bersatu kerana mereka diarah untuk bersatu tujuan. Mereka bersatu kerana mereka dilarang berbeza tujuan. Arahan dan larangan bersifat rabbani yang pasti benar ini mendorong umat Islam untuk saling menjaga diri dan saudaranya daripada tersasar.

Justeru lahirlah sifat - sifat mulia yang menjadi medium ke arah kesatuan seperti nasihat, ta’awun, hikmah, lembut, sabar, berani, lapang dada dan lain - lain lagi. Juga hilanglah sifat - sifat buruk yang mendorong perpecahan seperti angkuh, kikir, kasar, keras, keluh kesah, penakut, sempit dada dan lain - lain lagi.

Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiyah inilah RasuluLlah telah membentuk barisan sahabatnya yang bersatu sedari awal pembentukan mereka melalui akidah yang benar. Dengan kekuatan ini jugalah baginda menyatukan di antara kaum Muhajirin dan Ansar sebaik penghijrahan baginda ke Madinah. Begitulah talian - talian dan ikatan - ikatan lain menjadi kerdil dan terpinggir di hadapan kekuatan ukhuwwah Islamiyah.

Justeru kita menjadi kuat dan gagah. Kesatuan kita adalah diibarat sebuah bangunan yang kukuh, saling menyokong di antara komponennya. Atau seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, ia turut ditanggung oleh semua anggota yang lain.

Kita mestilah menjaga dan memperkukuhkan persaudaraan Islam ini. Ia adalah asas yang menjadikan kita gagah dan dihormati semua manusia. Kita mestilah menjauhi perkara - perkara yang memungkinkan kekeruhan, ketegangan dan kepanasan berlaku atas sebab - sebab yang kecil atau tidak benar. Kealpaan dan kelalaian di dalam menjaga kekuatan ini pasti akan menjebakkan kita kepada perpecahan yang dimurkai Allah.


3) Kekuatan jihad Islami

Jihad Islami adalah kemuncak amal Islami. Tanpanya Islam takkan ke mana di bumi ini. Tanpanya tiada matlamat akan dicapai dan tiada harapan menjadi kenyataan.

Jihad adalah bersungguh - sungguh menuju Allah. Bersungguh - sungguh dengan segala kudrat tubuh dan kepunyaan untuk mencapai apa yang dituntut Allah. Kesungguhan jenis inilah yang mencipta kekuatan yang maha agung yang tak tersaing oleh segala kekuatan selainnya.

Setiap muslim dituntut mencapai dua matlamat:

1) Matlamat duniawi: Menegakkan khilafah Islamiyyah di muka bumi. Ia bererti agama Islam mestilah menang dan menguasai seluruh agama dan ideologi manusiawi di dunia ini.

2) Matlamat ukhrawi: Memperolehi ridha Allah dan syurgaNya. Ia bererti segala urusan muslim di dunia ini hendaklah dengan niat memperolehi ridha Allah semata - mata.

Ia adalah matlamat yang besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan kesungguhan yang memuncak. Kesungguhan atau al jihad inilah yang mencipta kekuatan kepada umat Islam. Dengan kekuatan inilah lahirnya peribadi - peribadi Islam yang unggul di dalam ilmu dan akhlak. Dengan kekuatan ini jugalah agama Islam akhirnya tersebar ke seluruh dunia.

Oleh kerana Islam adalah ugama yang menyeluruh dan meliputi semua aspek dan sektor kehidupan, maka cabangan jihad adalah luas seluas kehidupan ini. Oleh kerana Islam membina, memajukan dan memberkati semua urusan kehidupan, maka Islam menganjurkan jihad di semua bidang demi keunggulan Islam dan kehidupan manusia di dunia ini.

Jihad agung menentang tentera kuffar difardhukan selepas RasuluLlah berhijrah ke Madinah. Dengan kefardhuan inilah kekuatan barisan muslimin menjadi semakin nyata dan menggerunkan musuh. Pembukaan Kota Mekah adalah kemenangan yang merongkai segala kekusutan terhadap kekuatan Islam untuk menguasai dunia.

Dengan panji al jihad al islamilah Islam bergerak maju menyebarkan dan menguasai dunia dan peradabannya.

Justeru jihad difardhukan dan berterusan sehinggalah hari kiamat. Tiada umat yang meninggalkannya kecuali akan ditimpa kehinaan. Tiada umat yang memakainya kecuali akan dikurniai kekuatan dan kemenangan.

Kita mestilah menjadi mujahidin menegakkan ugama Allah. Kita mestilah memiliki ciri - ciri pejuang Islam yang gagah berani demi melengkapkan barisan tentera Islam menuju kemenangan.

Friday, December 4, 2009

ANDAI KITA...


بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirrahmanirrahim....

Andai kita mengetahui betapa besarnya pahala memikirkan,
merancang,
dan membantu islam...
nescaya kita takkan meninggalkan tugas ini walau sesaat..


Andaikata kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan
amar ma'ruf nahi mungkar,
merancang untuk membantu islam,
melaksanakan amanah..
nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH..


Andaikata kita mengetahui betapa tingginya nilai
sebuah persahabatan diatas dasar
akidah islamiah..
nescaya kita akan menutup lubang2 yang akan
merosakkan
mahabbah serta mengundang darah...



Andaikata jasad kita menongkah arus,menggerak tarbiah,

memelihara agama...
maka biarlah hati kita bersama menempuhnya...

tinggi harapan agar ALLAH mempertemukan kita yang

berada diatas jalan ALLAH disana nanti...



Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna
untuk menjelaskan perasaan,manusia boleh membentuk
seribu kata-kata,tapi kata-kata bukan
bukti unggulnya perasaan...


renung-renungkanlah...ape usaha kita sebagai umat islam,adakah cukup dengan hanya berkata2?atau hanya berdiam diri?berjuang kerana ALLAH walau perit tapi ada kemanisannya...mari kita sama2 islah diri..