"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Sunday, May 9, 2010

DUHAI BONDA
(Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda



SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU TERSYANG...

lagu ni kita tujukan khas tuk mak..maafkan segalah salah n silap anakmu ini..moga allah sentiasa merahmati mak n moga mak terus tabah dalam hadapi kerenah anak2 mak walaupun sendirian,doakan tuk anakmu ini..moga menjadi setabah n sekuat mak..

No comments: