"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Thursday, May 20, 2010

JANGAN BERSEDIH....


Jangan bersedih..

Cinta Allah dan Rasul menjamin kebahagiaan

Jangan bersedih..
Redho dengan anugerah Allah,
Membuat kita kaya di dunia

Jangan bersedih..
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat,
serta rahmatNya yang Maha Luas

Jangan bersedih..
Semata-mata disebabkan kita berbeza dengan orang lain
kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan bersedih..
Bila disakiti,dicela,direndahkan atau dizalimi
kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan
dari Yang Maha Esa

Jangan bersedih..
Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan
Jangan bersedih..
Kerana kesedihan kita akan membuat musuh kita gembira

Jangan bersedih..
Atas perilaku manusia terhadapmu
tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah

No comments: