"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Tuesday, June 22, 2010

Sahabat..
Hulurkan tanganmu bila aku terjatuh..
pimpimlah tanganku bila aku tersesat..
hamparkanlah bahumu saat aku berduka..
peluklah aku saat aku berjaya..

Sahabat..
Aku berharapkau seelalu ada..
saat aku memerlukanmu.saat suka dan duka menjenguk di jiwaku..
saat aku hilang tempat berpaut..
dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu..
bersama keikhlasan hati,tanda tulusnya ikatan kita..

Sahabat..
Aku tak berharap kau jadi insan sempurna kerana aku juga tidak sempurna..
aku tidak harap kau sebagai pelindungku..
aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu..
untuk aku berdiri tegak,berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya..

Sahabat..
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri..
peluklah aku tika kesepian menemanimu..
tangan ini tidak pernah kuat untuk memegang..
tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu..
aku memerlukanmu sepertimana kau memerlukan aku...


*kata2 ini saya tujukan khas buat sahabat2 saya..walaupun kate2 ni bukan yg saya buat sendiri sekadar salin semula je kat sini namun mmg itulah apa yg ingin saya smpaikan ikhlas dari hati kecil saya..terima kasih atas segalanya..tanpa kalian siapalah saya..saat ini fatrah imtihan semakin meninggalkan kita x sabar rasanya nak jumpe kalian setelah sekian lama kita mengasingkan diri masing2 huhu..maklumlah saat ini masing2 sibuk dok berperang dgn kitab masing2..moga kejayaan milik kita semua... AMIN YA RABB..

No comments: