"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Wednesday, September 22, 2010

ASPIRASI MUJAHIDAH..

Alangkah indahnya ku lihat,berjalan seorang muslimah mukminah..
dengan wajah yang ditutupi niqob,dia berjalan penuh tawadhu'..
langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang
tenang,yakin,berwibawa
penuh dengan semangat mujahidah
Disebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa
bukan getaran nafsu,tapi getaran keinsafan
untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat,
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan mengingati Yang Maha Esa...
ada seulas bibir yang merah bak delima
sedang mengalunkan kalamullah dan zikrullah...
 ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari
pandangan maksiat...
setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya
yang lebut dalam tegas..
kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya,
yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...
tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi
senyum keimanan,melainkan hikmah,haq
serta mutiara-mutiara ukhuwwah...
hanya dengan melihat perwatakannya,
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mangingati
ALLAH,
agar sentiasa berfikir tentangNYA..
Subhanallah...





No comments: