"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci langkah kita,semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedomandalam menerokai sebuah penghidupan..."

Wednesday, September 29, 2010

KASIH SAYANG



Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada
gurunya.Ketika itu,guru tersebut sedang mengajar
tentang kasih sayang.

Pelajar:Cikgu macam mane kita nak pilih seseorg 
yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
macam mane supaya kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu:Kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi
ke padang.Kamu berjalan dia atas rumput sambil
memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling 
cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali.
Pilih rumput yang paling cantik,bawalah ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai
rumput pon di tangannya.

Cikgu:Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar:Tadi masa saya berjalan,saya cari rumput
yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik
tapi cikgu kata pilih yang paling cantik,maka saya pun
terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di
penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling
cantik.Mungkin ada diantara yang dibelakang saya
tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tidak
boleh menoleh ke belakang semula.jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik.

Cikgu:Itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah
berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah 
kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita 
patut hargai rang yang berada di depan kita sebaik-
baiknya.Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana
yang berlaku tetap berlaku  dan x kan berulang lagi.
Ingatlah org yang paling kita sayang itulah paling
cantik dan paling baik.Walaupun sebenarnya
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput...

No comments: